Monday, June 18, 2012

Bengkel Pembinaan E-mel dan blog

Salam ceria semua. Sekian lama blog Skaj tidak dikemaskini sehingga kelihatan begitu banyak habuk dan sawang..hihi.Jadi kita mulakan info dengan aktiviti yang tidak berapa baru,tapi tak lama sangat pun lagi iaitu Bengkel Pembinaan E-mel dan blog. Sebenarnya dah banyak kali (tak banyak pun, dua kali je) diadakan bengkel membina emel dan blog ni. Tapi biasalah..manusia mudah lupa. jadi kira bengkel ni untuk Refresh balik ilmu yang dah diajar sebelum ni. Bengkel telah diadakan di Makmal ICT, Sk.Alor Janggus. Fasilitator yang terlibat ialah Ustaz Khairul Syafiq dan Cikgu Mohd Fauzi. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus mengendalikan bengkel tersebut.Opps, lupa pulak. Bengkel ini diadakan pada 30 April yang lalu.






Terima kasih semua...

0 ulasan:

Post a Comment

Sample widget