Posts

Showing posts from August, 2009

HUKUM MEROTAN MURID

Salam sejahtera dan selamat bertemu dalam ruangan Percambahan Minda.Masyarakat masih lagi membincangkan tentang," perlukah hukuman rotan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah?" Persoalan ini tidak mendapat jawapan yang meyakinkan.Pelbagai pihak termasuk golongan cendikiawan agama dan ahli psikologi telah memberi hujah-hujah mereka.Hujah mengaitkan dengan hadith ;arahan merotan anak-anak yang enggan melaksanakan solat apabila mencapai usia 10 tahun. Dalam kaedah mendidik, hukuman merupakan satu elemen yang dibenarkan di samping ganjaran. Pekeliling tentang panduan menghukum murid/pelajar disediakan oleh Kementerian Pelajaran.Arahan-arahan semasa tentang prosidur menangani disiplin murid/pelajar dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/KPM dengan penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri. Hukuman rotan tidak terkecuali atau boleh digunapakai. Panduan-panduan disediakan. Tidak boleh dikhalayak,mesti tertutup/dalam bilik Guru Besar atau Pengetua dan mesti ada saksi. Ke