Posts

Showing posts from June, 2012

Majlis Sempena Israk dan Mikraj

Salam manis semua. Minggu ni semua masing-masing manis aje muka, maklum ler baru gaji. Berbelanjalah dengan berhemat semuanya ye..ok, pada hari ni, telah diadakan satu majlis sempena Israk dan Mikraj di Dewan Sk Alor Janggus. Aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan pertandingan mewarna untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Di samping itu, murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 juga menyertai kuiz agama. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan sempurna.

Latihan rumah sukan

Latihan rumah sukan telah bermula!!Bersiap sedialah semua cikgu-cikgu dan murid sekalian. Bermula minggu ini iaitu 18/6/2012 hingga bulan Julai depan, para murid akan bersiap sedia untuk Hari Sukan peringkat sekolah. Pada minggu ini latihan diadakan untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili rumah masing-masing. Pada minggu hadapan pula, akan diadakan latihan mengikut rumah sukan pula. Hari Sukan Skaj dijadualkan berlangsung pada 18/7/2012 pada hari Rabu. Jadi, warga Skaj sekalian, ayuh kita bersukan..

Bengkel Pembinaan E-mel dan blog

Image
Salam ceria semua. Sekian lama blog Skaj tidak dikemaskini sehingga kelihatan begitu banyak habuk dan sawang..hihi.Jadi kita mulakan info dengan aktiviti yang tidak berapa baru,tapi tak lama sangat pun lagi iaitu Bengkel Pembinaan E-mel dan blog. Sebenarnya dah banyak kali (tak banyak pun, dua kali je) diadakan bengkel membina emel dan blog ni. Tapi biasalah..manusia mudah lupa. jadi kira bengkel ni untuk Refresh balik ilmu yang dah diajar sebelum ni. Bengkel telah diadakan di Makmal ICT, Sk.Alor Janggus. Fasilitator yang terlibat ialah Ustaz Khairul Syafiq dan Cikgu Mohd Fauzi. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus mengendalikan bengkel tersebut.Opps, lupa pulak. Bengkel ini diadakan pada 30 April yang lalu. Terima kasih semua...