Posts

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SKAJ

HARI INI DIADAKAN SAMBUTAN MERDEKA..

BULAN MAC 2013

Image
Salam bahagia...wahh...sekejap saja sudah masuk bulan Mac 2013. Aktiviti di sekolah berjalan seperti biasa.. Pada bulan lepas, ada beberapa program sekolah yang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara programnya ialah Pelancaran NILAM peringkat sekolah serta motivasi waris LINUS.Kita layan dulu gambar di sekitar aktiviti ini.

bengkel dan kursus

Salam sejahtera semua..Pagi yang indah hari ini dimulakan dengan mempamerkan aktiviti warga SKAJ yang telah lepas. Bulan ini september, tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk bulan oktober. Sekejap saja masa berlalu. Hujung tahun begini banyak lah kursus kursus yang cikgu kena hadiri..okey..kita flashback ke bulan lepas sekejap. pada bulan lepas yakni Ogos,SKAJ telah mengadakan beberapa aktiviti tahunannya seperti majlis berbuka puasa dan bacaan Yassin sepanjang bulan puasa. Pada akhir bulan Ogos, telah diadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah..

English Week 2012

Hai there..how are you today? Memandangkan minggu ni minggu bahasa inggeris atau dalam kata omputehnya english week, we all kena la try to speak english kan.English week was started last Sunday with the first activity was guided writing for pupils in level 2. For the next day, we have poem and story telling. yesterday, we had cursive writing for level 2, story telling and action song for level 2. On Wednesday, we had Quiz semi final. Tomorrow is the final for quiz.

Majlis Sempena Israk dan Mikraj

Salam manis semua. Minggu ni semua masing-masing manis aje muka, maklum ler baru gaji. Berbelanjalah dengan berhemat semuanya ye..ok, pada hari ni, telah diadakan satu majlis sempena Israk dan Mikraj di Dewan Sk Alor Janggus. Aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan pertandingan mewarna untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Di samping itu, murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 juga menyertai kuiz agama. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan sempurna.

Latihan rumah sukan

Latihan rumah sukan telah bermula!!Bersiap sedialah semua cikgu-cikgu dan murid sekalian. Bermula minggu ini iaitu 18/6/2012 hingga bulan Julai depan, para murid akan bersiap sedia untuk Hari Sukan peringkat sekolah. Pada minggu ini latihan diadakan untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili rumah masing-masing. Pada minggu hadapan pula, akan diadakan latihan mengikut rumah sukan pula. Hari Sukan Skaj dijadualkan berlangsung pada 18/7/2012 pada hari Rabu. Jadi, warga Skaj sekalian, ayuh kita bersukan..