Posts

English Week 2012

Hai there..how are you today? Memandangkan minggu ni minggu bahasa inggeris atau dalam kata omputehnya english week, we all kena la try to speak english kan.English week was started last Sunday with the first activity was guided writing for pupils in level 2. For the next day, we have poem and story telling. yesterday, we had cursive writing for level 2, story telling and action song for level 2. On Wednesday, we had Quiz semi final. Tomorrow is the final for quiz.

Majlis Sempena Israk dan Mikraj

Salam manis semua. Minggu ni semua masing-masing manis aje muka, maklum ler baru gaji. Berbelanjalah dengan berhemat semuanya ye..ok, pada hari ni, telah diadakan satu majlis sempena Israk dan Mikraj di Dewan Sk Alor Janggus. Aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan pertandingan mewarna untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Di samping itu, murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 juga menyertai kuiz agama. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan sempurna.

Latihan rumah sukan

Latihan rumah sukan telah bermula!!Bersiap sedialah semua cikgu-cikgu dan murid sekalian. Bermula minggu ini iaitu 18/6/2012 hingga bulan Julai depan, para murid akan bersiap sedia untuk Hari Sukan peringkat sekolah. Pada minggu ini latihan diadakan untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili rumah masing-masing. Pada minggu hadapan pula, akan diadakan latihan mengikut rumah sukan pula. Hari Sukan Skaj dijadualkan berlangsung pada 18/7/2012 pada hari Rabu. Jadi, warga Skaj sekalian, ayuh kita bersukan..

Bengkel Pembinaan E-mel dan blog

Image
Salam ceria semua. Sekian lama blog Skaj tidak dikemaskini sehingga kelihatan begitu banyak habuk dan sawang..hihi.Jadi kita mulakan info dengan aktiviti yang tidak berapa baru,tapi tak lama sangat pun lagi iaitu Bengkel Pembinaan E-mel dan blog. Sebenarnya dah banyak kali (tak banyak pun, dua kali je) diadakan bengkel membina emel dan blog ni. Tapi biasalah..manusia mudah lupa. jadi kira bengkel ni untuk Refresh balik ilmu yang dah diajar sebelum ni. Bengkel telah diadakan di Makmal ICT, Sk.Alor Janggus. Fasilitator yang terlibat ialah Ustaz Khairul Syafiq dan Cikgu Mohd Fauzi. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus mengendalikan bengkel tersebut.Opps, lupa pulak. Bengkel ini diadakan pada 30 April yang lalu. Terima kasih semua...

Perayaan Hari Guru SKAJ 2010

Image
Selamat Hari Guru kepada Guru-Guru SK Alor Janggus... Semoga cikgu-cikgu dapat memberikan ilmu dan ajaran y terbaik buat anak-anak didik di SKAJ

Visi & Misi

VISI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR jANGGUS AKAN MENJADI SALAH SEBUAH DIANTARA SEKOLAH RENDAH CEMERLANG DALAM NEGERI KEDAH MENJELANG TAHUN 2010. MISI SEKOLAH MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN MEGHASILKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM KURIKULUM MELAHIRKAN PELAJAR YANG HEBAT DALAM KO-KURIKULUM MELAHIRKAN PELAJAR YANG MMPUNYAI SAHSIAH MULIA MEWUJUDKAN PRASARANA YANG PALING SELAMAT KONDUSIF DAN CERIA MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

Perayaan Maulidurrasul

SK Alor Janggus Merayakan hari Maulidurasul pada 11/03/2010 bersamaan hari Khamis