Posts

Showing posts with the label aktiviti

English Week 2012

Hai there..how are you today? Memandangkan minggu ni minggu bahasa inggeris atau dalam kata omputehnya english week, we all kena la try to speak english kan.English week was started last Sunday with the first activity was guided writing for pupils in level 2. For the next day, we have poem and story telling. yesterday, we had cursive writing for level 2, story telling and action song for level 2. On Wednesday, we had Quiz semi final. Tomorrow is the final for quiz.

Majlis Sempena Israk dan Mikraj

Salam manis semua. Minggu ni semua masing-masing manis aje muka, maklum ler baru gaji. Berbelanjalah dengan berhemat semuanya ye..ok, pada hari ni, telah diadakan satu majlis sempena Israk dan Mikraj di Dewan Sk Alor Janggus. Aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan pertandingan mewarna untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Di samping itu, murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 juga menyertai kuiz agama. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan sempurna.

Latihan rumah sukan

Latihan rumah sukan telah bermula!!Bersiap sedialah semua cikgu-cikgu dan murid sekalian. Bermula minggu ini iaitu 18/6/2012 hingga bulan Julai depan, para murid akan bersiap sedia untuk Hari Sukan peringkat sekolah. Pada minggu ini latihan diadakan untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili rumah masing-masing. Pada minggu hadapan pula, akan diadakan latihan mengikut rumah sukan pula. Hari Sukan Skaj dijadualkan berlangsung pada 18/7/2012 pada hari Rabu. Jadi, warga Skaj sekalian, ayuh kita bersukan..

Bengkel Pembinaan E-mel dan blog

Image
Salam ceria semua. Sekian lama blog Skaj tidak dikemaskini sehingga kelihatan begitu banyak habuk dan sawang..hihi.Jadi kita mulakan info dengan aktiviti yang tidak berapa baru,tapi tak lama sangat pun lagi iaitu Bengkel Pembinaan E-mel dan blog. Sebenarnya dah banyak kali (tak banyak pun, dua kali je) diadakan bengkel membina emel dan blog ni. Tapi biasalah..manusia mudah lupa. jadi kira bengkel ni untuk Refresh balik ilmu yang dah diajar sebelum ni. Bengkel telah diadakan di Makmal ICT, Sk.Alor Janggus. Fasilitator yang terlibat ialah Ustaz Khairul Syafiq dan Cikgu Mohd Fauzi. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus mengendalikan bengkel tersebut.Opps, lupa pulak. Bengkel ini diadakan pada 30 April yang lalu. Terima kasih semua...

Perayaan Maulidurrasul

SK Alor Janggus Merayakan hari Maulidurasul pada 11/03/2010 bersamaan hari Khamis

HUKUM MEROTAN MURID

Salam sejahtera dan selamat bertemu dalam ruangan Percambahan Minda.Masyarakat masih lagi membincangkan tentang," perlukah hukuman rotan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah?" Persoalan ini tidak mendapat jawapan yang meyakinkan.Pelbagai pihak termasuk golongan cendikiawan agama dan ahli psikologi telah memberi hujah-hujah mereka.Hujah mengaitkan dengan hadith ;arahan merotan anak-anak yang enggan melaksanakan solat apabila mencapai usia 10 tahun. Dalam kaedah mendidik, hukuman merupakan satu elemen yang dibenarkan di samping ganjaran. Pekeliling tentang panduan menghukum murid/pelajar disediakan oleh Kementerian Pelajaran.Arahan-arahan semasa tentang prosidur menangani disiplin murid/pelajar dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/KPM dengan penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri. Hukuman rotan tidak terkecuali atau boleh digunapakai. Panduan-panduan disediakan. Tidak boleh dikhalayak,mesti tertutup/dalam bilik Guru Besar atau Pengetua dan mesti ada saksi. Ke...